+polo+

Friday 12 December 2014

Jeritan batin seketul pelajar final sem.

Assalamualaikum.

Tudia lama gila aku tak update blog habaq hanggggggg. Sebenarnya bukan la busy sangat. Tapi buat-buat busy tu je yang lebih.


Aku dah final sem weh. Pergh. Pergh dan pergh. Ini sungguh pergh okey. Macam tak percaya je. Rasa macam baru semalam je daftar masuk jadik freshie. Rasa macam baru semalam je aku pergi refresh website macam nak lunyai sebab nak cek result dapat kos apa and kat mana. Rasa macam baru semalam jek aku tempuh detik-detik ngeri MDS. Lol. Bukan la aku cakap MDS tu mengerikan. Cuma kau tanya la siapa-siapa pun. Mana ada orang yang suka MDS. Aku ulang lagi sekali ye. Bukan sebab MDS tu mengerikan. Tapi sebab ramai orang yang tak suka MDS sejak di lahirkan ke doniya lagi. Ibaratnya macam perhimpunan sekolah tiap-tiap hari senin tu la. Takde apa yang tak elok pun pasal perhimpunan sekolah tu. But well sapa je kan yang suka perhimpunan sekolah. Same goes to MDS. Hanya budak-budak baik yang berhati mulia je suka kan MDS. And malangnya aku bukan lah tergolong dalam golongan budak baik. Banyak and selalu rebel ada la. Lol. Orang Malaysia neh kau kena explain betul-betul. Kalau tak memang masak kau kena bahan kang. Jadik lauk. Tambah nasik. Ikat tepi.

Cakap pasal soal hidup neh. Aku mengaku kat pihak aku its quite krik krik krik la jugak. Mungkin sebab sebenarnya aku neh spesis yang hidup main redah je. Hidup macam takde tujuan sangat. Kalau la internet, mubie, laptop, teknologi, gajet, tak wujud dalam dunia neh, aku pun tak tau la apa yang jadik kat diri aku sekarang. Ouch. Gen-Y sangat tau. Bukan anti-sosial okey. Cuma gen-Y je. *sedapkan hati. Aku bukan lah terdiri daripada spesis yang bergaul or menggauli sangat dengan orang sekeliling. Gaul tepung nak buat cucuq tu ada la jugak kadang-kadang. Lebih banyak buat hal sendiri. Main chess pun sorang-sorang je kat laptop. Tengok wayang pun sorang-sorang. Then bile 15minit mubie dah start aku toleh atas nampak couple seat kosong, aku terus lari naik panjat seat. Luas sikit bhai. Mula la orang sekeliling couple kiri kanan pandang slack kat aku macam seolah-olah aku neh boipereng dah janji nak datang tengok mubie sama-sama tapi akhirnya dia mungkir janji and end up tinggal aku sorang je yang tengok. Kalau setakat pandang sinis tu aku boleh handle lagi. Yang aku tak boleh handle yang bagi aku pandangan penuh simpati tuh. Yang spesis neh yang aku memang tak boleh nak handle langsung. Pandang depan tengok mubie tak payah sibuk hal aku la pondan.

homaigod. this is soooo me.

Tapi tu la. Aku suka sebenarnya dengan life aku. Alhamdulillah aku sangat happy. Sebenarnya aku pun baru perasan yang aku neh sangat happy dengan life aku. sejak bila tu entah la. Yang tu tak dapat dikenal pasti lagi. Bangun, makan, mubie, online, pedajal orang celcom careline, usyar fahmi zainol kat fb, makan, mubie, tidoq, bangun, mubie, makan, mubie, online, then tidoq balik. Hari-hari rutin macam tu. Bukan kah itu yang di panggil kebahagiaan yang hakiki? Now you tell me. Now you tell me.

Lepas tu sebelum tidor tiap-tiap hari azam aku nak jadik produktif keesokan hari. Esok adalah hari baru bagi aku. hari kelahiran semula peghoih ajemi. No more peghoih ajemi yang dulu. Esok lepas subuh aku tak nak tidur. Aku nak bangun awal. Aku nak jogging. Aku nak beli paper. Aku nak baca blog che det. Aku nak cek pesbuk and bukak link-link yang ilmiah je. Lepas tuh aku nak study. Aku nak revise apa yang lecturer dah ajar. Then aku nak baca siap-siap apa yang lecturer bakal ajar. Aku nak download ceramah-ceramah motivasi kat youtube. Aku nak tengok berita online hari-hari. Aku nak so so so so and so on. 

Tapi esoknya lepas subuh aku tertidur. Bangun-bangun tengok-tengok oh my oh my oh my dah nak dekat pukul tuuuutttt (sensitip). Aku bangun, mandi, bukak laptop nak ikuti perkembangan doniya hari ini, tapi tengok-tengok bukan setakat perkembangan doniya hari neh je yang aku amik tau. Tapi perkembangan youtube, blog, dance, lagu, fahmi zainol, mubie, and segala perkembangan lagha yang lain, semua sekali aku sebat. Then sedar-sedar zohor dah nak habis. Bersilat la aku ke bilik air lari macam terapung di udara. Then setel zohor aku terlena atas sejadah (solehah) lepas tu bangun, amik wudhu, perform asar, lepas tu aku pun tak tau aku buat ape maybe meracau sekejap mungkin kena rasuk dek setan di petang hari. Setel maghrib (setan dah tak rasuk) then baru aku teringat yang aku tak makan lagi. then aku makan sambil bukak laptop konon-konon nak makan sambil tengok mubie sekejappppp je. Then tengok-tengok dah nak dekat pukul 3 pagi. Then semayang isyak, then tidoq sambil berazam yang mungkin hari neh bukan lah hari yang sesuai untuk kelahiran semula peghoih ajemi. Mungkin esok. Mungkin jugak lusa. Mungkin jugak lepas sehari sebelum thaipussam tahun depan. Mungkin jugak lepas fahmi zainol masuk meminang. Eh eh. Yela benda-benda neh semua rahsia alam kan. Kita mana la tau. Jodoh tu kan rahsia Allah. Eh eh ehhh.

fahmi zainol. gambar sekadar hiasan.

Wuu..jangan la bakal mak mertua aku baca blog aku neh weh. Rosak la imej wanita solehah aku. Tapi kalau bakal-bakal adik beradik ipar aku baca, takpe. Sebab dorang sangat steady, sporting, dan cool.

Sekarang neh aku dah final semester. 19 January neh habis belajar. Bulan 5 grad. Perlahan-lahan, baru aku macam....okey aku cuak. Or nervous omputeh kate. Nervous, takut. Sebab aku tau neh bukan lah fasa yang aku suka suki je boleh redah bantai tengok Taylor Hatala sampai lunyai laptop padahal assignment bersusun di tepian pantai di baham ombak di belah halilintar di mamah kerang-kerangan laut. Tak tak. Neh adalah fasa yang mana aku kena betul-betul persiapkan diri, sebab aku bakal tempuh real life. Fasa yang mana aku perlu tentukan matlamat. Aku perlu set hala tuju. Aku ada keluarga yang perlu di tanggung. Aku jugak ada adik yang perlu di jaga. Semuanya terletak kat dalam tangan aku sekarang. Neh dah bukan fasa aku nak harapkan mak bapak aku bank in duit bulan-bulan untuk aku membeli sesuap nasik or sebotol deodorant demi meneruskan kelangsungan hidup. Tak tak. Fasa tu dah lama berlalu. Dah lama. Pergh. Tak pernah pulak aku tau yang hidup aku neh boleh jadik zzzerius cenggini sekali hah. Sebelum neh pun keputusan paling serius yang aku pernah buat dalam hidup aku is, mubie mana yang patut aku letak kan as priority untuk download dulu? Second benda paling zerius yang aku decide, lauk apa yang aku patut makan tengahari nanti? Lain-lain tu aku rasa macam takde la apa sangat.

And satu benda yang aku perasan and baru tau, final sem neh orang tak sibuk tak kepoh nak bercakap soal kahwin. Selalunya yang sibuk bercakap soal kahwin neh masa awal-awal masuk belajar dulu je. Dah lama-lama, tambah-tambah dah final sem neh, memang dah takde orang yang sibuk nak bercakap topik kahwin. Seriusly. Kau tau sebab apa? Sebab semua orang risau. Semua orang cuak. Semua orang tengah struggling. Neh adalah persiapan terakhir sebelum kau di bebaskan untuk face the real world kat sana. So topik-topik kahwin neh memang ko akan absolutely tolak tepi. Kalau kau cuba bukak topik tu pun, seminit dua je la orang layan kau. Tepat masuk tiga minit doploh nam saat, memang kau akan di biarkan kesepian layu di tasik madu. Teratai pun orang tak biar layu di tepian tasik macam mana kau dibiarkan tahu? Memang babai la. So adik-adik, kalau nak bersembang kencang soal kahwin dengan kawan-kawan, do it now okey.


Topik paling core sekali yang dibincangkan among final sem student is, perancangan kau lepas habis belajar. Apa yang kau nak buat, nak sambung belajar, nak kerja, nak kahwin, nak pi vacation, nak rehat dulu kat rumah berbulan-bulan. Benda-benda neh semua memang kau duduk la sembang dengan mana-mana kawan final sem kau. Topik neh memang akan keluar punya la. Confirm. Dah takde ye topik pelamin kau nanti nak buat kaler ape, kau kawin nanti nak buat kat dewan or hotel or rumah, nak pakai bridemaid tak bla bla bla. Unless la kalau kau memang betul-betul rancang nak kahwin lepas habis belajar. Dah kira masuk dalam kategori bakal pengantin lah orang cakap. So benda-benda macam tu selalunya memey opkos la orang akan tanya. Bila orang tanya apa perancangan kau lepas habis study, mula-mula memey la kau akan mampu jawab, “entahlah”. Tapi bila depan mata kau, kau nampak ada kawan-kawan dah start download borang itu ini, apply itu ini, turun naik pejabat amik borang itu ini, hari-hari cek email, buat calling sana sini, canang kat kau tentang itu ini, waktu tu kau dah tak kan mampu jawab “entahlah”. Siyesly. Unless la kalau kau masuk sambung belajar neh memang atas dasar keterpaksaan. Atas dasar kau takde minat pun. Jiwa kau bukan kat sini. So apa yang kau tau, asalkan habis belajar, puas kan hati pihak tertentu, sudehhhhh. Tapi kalau kau masuk belajar sebab kau memang nak belajar, memang jawapan “entahlah” kau tu tak kan kekal lama kat mulut kau. Akan tiba hari nya yang mana kau akan bercerita panjang tentang apa yang kau nak buat lepas dah habis belajar. Walaupun kau tak cerita kat orang, at least kau tetap kan bercerita kat diri sendiri.

Then next topik yang famous is KERJA, KERJA, KERJA, andddddd KERJA. Tambah-tambah peminjam PTPTN neh. Awal-awal masuk belajar dulu boleh la kau nak sembang kencang sampai terkencing-kencing. Asal rasa macam nak beli pape je, semangat je kau laung, “PTPTN kan hadoooo”. Naik final sem neh, kau akan cuma tinggal “hadoiiii” je la weh. Umur muda-muda lagi tapi dah tanggung hutang beribu-riban. Amanah tu bhai. Hukum bayar hutang neh wajib. Tambah resah bila kau google cari kerja, bila kau google pengalaman fresh graduate cari kerja, yang kau jumpa lebih banyak yang buruk, yang negatif, daripada yang baik-baik, daripada yang positif. Lagi satu, I tell you what ye adik-adik, kalau boleh kau better set kan la siap-siap cita-cita kau. Apa yang kau nak jadi. Kerja apa yang kau idam kan. Kerja apa yang kau yakin sesuai dengan diri kau. Benda neh memang super duper penting. Sebab nanti bila kau dah final sem, benda-benda neh kau dah takda masa dah nak fikir. Kau akan busy dengan benda-benda lain. At least bila kau dah tau ape yang kau nak, kau cuma perlu survey je kerja-kerja yang menepati scope yang kau nak. Memang proses cari kerja tu akan lebih senang.

Untuk stage neh aku mengaku agak psiko la. Sebab kau betul-betul akan nampak real world walaupun cuma sekadar permukaan. Kau akan dapat tau market sekarang macam mana. Gaji yang paling banyak pun kau boleh dapat banyak mana. Penggunaan cable-mengable, scope kerja kau macam mana, dengan siapa yang kau akan deal bila bekerja nanti. Then dari gaji tu pulak kau dah start buat hitung-hitung, kira-mengira, tolak ansuran kereta, sewa rumah, duit makan minum, duit untuk mak bapak, duit untuk simpanan, dengan GSTnye lagi, duit untuk itu, duit untuk ini, end up kau macam....termenung. yes, selama neh kau memang tau langit tu tinggi, tak rendah. Tapi kali neh analogi nye macam kau akan bakal naik sendiri ke langit untuk rasa betapa tinggi sebenarnya langit tuh.

gambar rajah di atas menunjukkan sebuah kabel.
Then waktu neh kau akan dah mula texting-texting bincang dengan partner hidup kau. Target nanti nak duduk area mana, living cost kat area tuh macam mana, kat area tu tanah kawasan mana yang menjadi potential area yang dijangka harganya bakal melambung in future, proses pembelian rumah nak buat bersama ke or asing-asing, nak beli sorang satu, satu untuk duduk and satu untuk sewa ke macam mana. Then kau mula combine jumlah gaji kau dengan dia, start buat kira-kira. Saving tiap-tiap bulan nak buat berapa, target bila boleh beli rumah, lepas dah beli rumah, nak buat loan ke cemana untuk pembelian next asset like tanah or kebun. Tu belum masuk soal anak, soal tanggung adik-adik sekolah, soal nak beli kereta idaman yang selama neh almost everyday kitorang sama-sama usyar macam jakun. Pergh. Pening bhai. pening. Aku tak tau la orang lain handle benda neh macam mana. But for us, memey macam neh la perbincangan or mesyuarat tergempar kitorang yang kitorang conduct ada la dalam 2,3 kali seminggu. Soal pelamin kaler apa, hantaran berapa dulang, honeymoon kat mana, nak letak nama anak apa, tema kahwin, design baju pengantin, hantaran berapa riban, nak buat kat mana, prefer outdoor ke indoor, kek berapa tingkat, benda-benda neh boleh pi mereput sana. We dont really give a shit. Lol. And sebab neh la dari dulu lagi aku suka spesis manusia yang “know how to manage his life very well”. Haa sebab neh la. Sebab nehhhh la.

pergh. tertarik hati kite 200%.

Pasal kerja neh memang aku megaku la. Aku pun memang macam...rasa tak boleh blah. kejap excited, kejap down, kejap rasa tak nak pedulik. Bukan tak nak pedulik sebenarnya. Tapi aku lebih kepada pura-pura buat tak pedulik. Padahal dalam hati risaunya tak dapat kerja secepat yang mungkin lepas grad, Allah je la yang tau. Tambah-tambah bila kau dapat tau yang ada di kalangan kawan-kawan kau yang dah dapat kerja. Lepas je habis belajar, terus masuk kerja. Lepas habis je belajar, terus datang opis lapor diri. Woohaaaa ini sungguh la psiko ye tuan-tuan dan puan-puan. Then bila kau tinjau-tinjau lagi kat google, kau tengok komen-komen daripada majikan-majikan tentang attitude fresh graduate bila masuk kerja, kau akan macam mula persoalkan kredibiliti and kemampuan diri sendiri. Mampu ke idok kau nak buat kerja-kerja macam tu. Then kau pergi google pulak statistik fresh graduate yang masih menganggur. Kau google pulak tentang kisah orang yang jerih perih mencari kerja. Aku hari tuh memang macam tersandar la kan. Real life beb. Real life. And for those people yang betul-betul aim something yang big, benda-benda neh memang mental broke down la.

le me.

Pasal kerja neh aku sampai nak buat giler punye gelabah sampai tahap aku macam dah nekad, kalau la 3 bulan lepas grad aku still tak dapat kerja tetap, aku nak masuk jadik pramugari je. Masuk pramugari Saudi Arabia Airlines ke, Egypt Airways ke, Emirate Airways ke, Qatar Airways ke, gaji pokok 5k woo sebulan tak silap aku kalau convert ke duit Malaysia. Tapi kena ikat kontrak la 5 tahun. Pergh aku dah nekad. Family aku pun sokong. Bapak aku memang supporter terbesar la. Sebab dia kata nanti boleh selalu dapat pakej pergi negara Arab. Omak aku suruh aku pergi Air Asia je. Sebab dekat katanya. Lepas tuh aku dah macam lega. Tapi sekejap je ye aku lega. Kisahnya sebab ada 1 day aku pi consult research dengan sv aku. Then alang-alang aku consult sekali dengan dia pasal kerja  since ye la dia dah banyak pengalaman kan. And dia sangat lah sekeras-kerasnya menghalang aku untuk masuk pramugari. Sebab dia cakap bila dah ada kat atas udara if anything happen, you wouldn’t have a second chance, my sister. Pergh. Sayang jugak dia kat aku. Then ada la lagi dia tambah point-point untuk convince aku supaya jangan masuk pramugari. Point-point yang aku rasa better aku simpan je menjadi rahsia antara aku dan dirinya. Then dia siap cadangkan kos apa yang aku patut ambik untuk sambung master, then siap beriye bukak website-website untuk aku refer. Okey lepas consult tu, aku memang potong la pramugari dalam perancangan hidup aku. no more pramugari. No no no. Tapi lepas tu opkos la aku termenung balik kan. Memang penting untuk kita tau apa yang kita nak jadi. Tapi lebih penting untuk kita tau macam mana kita nak jadi apa yang kita mahukan. The “how part”. Benda neh yang paling crucial sebenarnya.

Ada degree pun tak menjamin kau akan senang dapat kerja. First, sebab dah terlalu ramai orang yang ada degree jugak. Second, dah terlalu ramai orang yang memiliki master & PHD sekarang neh. third, dah terlalu ramai orang yang memiliki soft skills and “bonus point” sebab kursus-kursus soft skills neh dah bersepah. Then, end up baru kau sedar yang hidup neh bukan lah gurauan. Dengan hutang yang ribu-riban, dengan ada keluarga yang perlu di jaga, dengan diri sendiri yang perlu di jana, dengan kejatuhan nilai ringgit malaysia, dengan market kerja yang sangat kuat mengamalkan kronism, dengan perlaksanaan gst, dengan nak kumpul duit untuk beli aset, nak kawin lagi, kos sara hidup, kos itu, kos ini, pergh. Dulu waktu aku kecik-kecik, aku ingat lagi, aku selalu berangan nak buat macam-macam dalam hidup aku. Paling aku nak, aku selalu berangan yang aku duduk dalam opis. Aku ada bilik sendiri. Bila setiap kali ada orang nak masuk, kena ketuk pintu dulu. And kat depan pintu tu tertera nama aku sebesar-besar alam, “SITI FAIRUZ BINTI AZMI”. Then bila aku terasa nak minum, tekan je button intercom, nanti PA aku masuk bawak air panas.

impian aku. ohhh~~~

And hell yes. Memang dari kecik aku ada impian nak kerja dalam opis, ada bilik sendiri, pakai kemeja, seluar slack, blazer, drive kereta idaman, berurusan dengan yang bukan calang-calang orang. Senang cerita bina hidup dalam dunia korporat. Jadik someone yang sophisticated. And impian tu kekal sampai sekarang. Lepas tu mula la aku tak sabar giler nak membesar bak juara. Tak sabar nak jadik dewasa. Tak sabar nak bina career. Tak sabar nak merasa semua tuh. Tapi bila dalam keadaan macam neh, aku rasa macam nak masuk dalam perut mak aku balik je. Kenapa la aku membesar. Dah la membesar macam neh pulak tuh. Kalau membesar bak juara takpe la jugak. Kalau waktu kecik dulu benda yang paling memeningkan kepala aku pun kalau buah chess pawn aku hilang sebijik. Tapi cari satu rumah tak jumpa-jumpa. Ataupun ada musibat yang pinjam pensel warna aku lepas tu tak susun balik ikut warna pelangi. Main teghadap dia je suka hati nak letak kat mana. Oh ini boleh mengundang rusuhan.

Up to now aku memang macam still terkedu. Termenung. Tak tau nak buat apa. Ratah corn flakes. Tak tau nak usyar port kerja celah mana dah. Bukak youtube tengok video troll orang guna chainsaw, berangan drive combi redah KL, masuk kuliah then tidoqqq, buat assignment last minute, usyar fahmi zainol lagi, lepas tu dalam hati slow-slow cakap die neh manis orang nya, lepas tuh usyar kereta kat carlist, lepas tuh bukak link forum-forum kisah orang cari kerja lgi, kisah SPA, kisah kawin awal (hiks), kisah tu, kisah neh. sampai aku rasa macam...”entahlah”. Impian tu wujud. Kemahuan tu jelas. Perancangan tu ada. Tapi laluan tu yang takde. Bukan takde. Tapi tak nampak lagi. Pathway tu. Pathway. 


“Bukan senang kalau nak senang”
Hurm. Betul lah tu. Betul lah.
Ada orang yang nasihat kan aku. cuba jangan fikir serabut sangat tentang tuh. Habiskan belajar dulu pape hal pun. Ye, aku tau. Tapi kalau kau nak halang final sem student untuk tak fikir tentang tuh, kau silap. Sebab kau memang tak kan dapat lari daripada fikirkan tentang neh. Sebab pejam celik pejam celik kau akan face jugak benda neh. Masa akan terasa sangat cepat berlalu since kiamat kan makin dekat. pergh. Dah kenapa ayat aku macam extreme sangat neh. Aku buat entry neh bukan lah untuk takut kan adik-adik kat luar sana tuh. Cuma neh sebagai peringatan awal untuk dorang start to get serius dengan life dorang. Be motivated. Belajar sungguh-sungguh, be the best among the rest. The world outside there, tak semuanya indah. Benda neh kene ingat. Allah tak kan ubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri yang berusaha untuk berubah. Usaha dulu baru tawakal. Usaha tu penting. Agi idup agi ngelaban. Bukan meraban. Stop la buat benda-benda lagha dari sekarang. *cakap depan cermin.


Adios amigos bebeh.

Sunday 28 July 2013

TRAGEDI ATAS BAS S&S INTERNATIONAL (PART 2)

Assalamualaikum. Ini adalah kisah kesinambungan daripade TRAGEDI ATAS BAS S&S INTERNATIONAL (PART 1).


Then bas pun sampai. Mungkin kerna terbawak2 dengan sikap aku yang sentiase siap siaga menyahut seruan Dr. M ke arah wawasan 2020, justeru itu beratur di hadapan sekali adelah sesuatu yang mesti. Tapi dek kerna aku x jumpe bayangan Fizo or Fahrin waktu tuh, ape kan daye. Lutut aku rase longlai, mate aku berpinar2, handbag yang aku bawak terase begitu berat walaupun dalam dompet cume ade 20 hengget je. Waktu neh aku percaye sistem penghadaman aku pun da jadi x keruan, manekale sistem perkumuhan aku juge terkene tempiasnye. Dengan penuh rase menyesal tahap abah jiran engkau, aku pun jalan slow2 pergi beratur kat belakang sekali.

p/s : plez note that aku menggunekan perkataan “kerna” instead of “kerana” bagi menambahkan unsur dramatik.

Tapi aku x tahulah dose ape agaknye yang aku pernah wat waktu mase silam dahulu kale. Tanpe aku sedar mamat gile seks tuh betul2 berdiri kat belakang aku. Tersengih2 macam baru hari neh die belajar dan kenal ape itu erti senyum. Waktu tuh aku betul2 rase cam nak maki2 je sape yang perjuangkan kempen senyum, sape yang gatal punggung duk cipte lagu senyum, sape yang terkinje2 duk nyanyi lagu senyum bagai tuh. Sebab korang sume lah mamat neh jadi cenggituh. Aku rase cam nak tepuk je kepale die. Biar die lupe alamat rumah 3 minggu.

Sampai je turn aku naik bas, aku terus naik, carik seat, duduk diam2. Seat aku tepi tingkap. Then seketul2 penumpang lain naik lepas dorang siap letak luggage kat bawah. Seketul2 jugak la lalu melepasi seat aku. Nebes gile bhai. Sape la yang duk sebelah aku neh. Harap2 la xde sape. Bia seat sebelah aku neh kosong je. Itu jauh lebih membahagiekan rather than bagi sape2 yang x setaraf dengan Fizo or Fahrin duk kat sebelah aku.

Then aku nampak mamat gile seks tuh naik. Terus aku toleh tempat lain. Coz aku percaye yang muke die neh jenis yang tak boleh nak tengok lame2. Nescaye boleh dapat sore eyes dan juge sedikit gangguan pernafasan. Jangan tanye lah camne aku boleh tau sume neh. Dah aku cakap aku tau, means aku tau la. Korang jangan nak persoal banyak2.  Cume belajar sikit terime cakap orang. Kan lebih elok cenggituh. Lepas tuh die lalu kat sebelah aku. Die berhenti kejap. Die tengok tiket, die tengok seat number. Die wat camtu 2,3 kali. Time neh memang aku da berpeluh abes. Berpeluh sampai tahap aku rase cam nak top up deodorant waktu tuh and kat situ jugak.

 Aku punye la berdoa bagai. Jangan la bagi die duk situ. Ye, aku tau aku banyak dose. Aku mengaku aku pernah pedajal orang celcom careline. Aku mengaku yang aku penah potong barisan waktu nak cucuk duet kat atm. Aku mengaku yang aku selalu amik tisu banyak2 kat restoran waktu beli lunch sebab aku nak wat top up stock tisu kat umah. Aku megaku sume tuh..aku mengaku..Aku janji yg lepas neh tiap2 minggu aku akan tengok cite forum perdane hal ehwal islam kat tibi 1 tuh. Aku janji yang aku akan lebih kerap bace doa sebelum & selepas makan. Aku janji dengan diri aku sendiri. Aku janji yang aku akan berubah...cume tolonglah...untuk kali neh je, jangan la bagi mamat tak cukup sifat neh duduk sebelah aku. Waktu neh aku rase cam aku bukan berdoa dah, tapi bertaubat barangkali.

Then guess what? Yes, DIE DUDUK SEBELAH AKU. Aku still rase cam tak caye dengan ape yang berlaku. So aku toleh sekilas kat sebelah untuk double  confirm. Aku nampak muke die gile eksaited. Tak ubah cam bapok dapat hadiah kerete proton saga. Segale2 nye ku rasekan bagai halilintar membelah bumi ketike itu. Tolonglah katekan ini sume tidak benar. Tolonglah seseorang kejutkan aku dari mimpi ngeri neh. Tolonglah.... T_T  waktu tuh aku betul2 sedar yang aku memang banyak dose rupenye. Betul lah cakap orang. Di akhir2 zaman neh tak payah tunggu akhirat. Kat dunie lagi Allah da bagi cash. Ape? Fahrin Ahmad? Fizo Omar? Nah. Hambik ko. Rasekan. Aku rase cam nak bangun pindah duduk kat seat lain je. Tapi masalahnye sume seat dah berpunye coz waktu aku beli tiket tadi cume tinggal due seat je yang still kosong. Seat yang aku duduk sekarang dengan 1 seat lagi kat belakang. No choice. Aku pasrah, yakni menyerah.

muke ghedo aku.


Waktu tuh bas still tak gerak coz seat ade banyak lagi yang kosong. So dorang kene tunggu the other passengers. Tetibe terdetik pulak kat hati aku, betul ke mamat neh seat number die memang sebelah aku. tak mustahil kalau die hanye bersandiwara je kennn. So aku pun tanye la die,

Aku : excuse me. What is your seat number?
Mamat tuh : 11. (sambil siap tunjuk tiket)

Pergh. Seat number aku 12. Memang sah la seat die kat sebelah aku. Die siap kemain tunjuk tiket nak buktikan. Lepas tuh die siap ulang2 lagi kat aku,

“number 11. Seat saye number 11. Seat awak number 12 kan? Betul la kan? Seat yang kite duduk skunk neh memang seat number 11 & 12 kan?”

Bapak annoying nye...  Aku diam je waktu die cakap tuh.  Aku dah la banyak kali pasang niat nak penampor die tadi. Kang betul2 aku tampo jugak die neh kang. Kali neh kalau aku tampo die, bukan setakat alamat umah, waima name bini najib pun die boleh lupe. Then sebab da lame sangat tunggu, bas pun da start gerak. Tapi tapi tapi bas tuh bergerak dalam keadaan banyak seat yang masih kosong. Eh tapi tapi tapi dan tapi...kenape waktu aku beli tiket tadi akak kaunter tuh cakap seat sume da full?..kenape...kenape takdir selalu perkotak katik kan hidup aku...mengape harus begitu...

Bile bas da start gerak, aku senyap je. Itu dalam bahase harian. Kalau dalam bahase rasmi, silent mode. Kalau dalam bahase teknologi pulak, shut down. Aku pandang je ke luar tingkap. Tengkuk aku 90degree bhai. Dah macam manusie teleng semulejadik pun ade. Aku stay je kepale 90degree aku tuh. Memang x la kan aku nak toleh ke die. Coz bile aku terpandang muke die aku rase cam melihat fahrin & fizo omar yang sedang menderite penyakit misteri. Oh. Bertambah luluh pulak hati aku rasenye.

 Then aku rase cramp gile kat tengkuk. Cramp tahap nak mampoooos. Tu dalam bahase kasar la. Dalam bahase sopan nye, cramp nak meninggal dunie. Ish x boleh jadik neh. Aku kene toleh depan jugak. Kalau x nanti buatnye aku turun2 bas, terus x boleh nak pandang straight ke depan, alamatnye aku bersanding x boleh nak pandang penonton le nanti. Asyik kene duk hadap akak pengapit pegang kipas tapi cam kipas hidup segan mati x mahu je la gare2 kepale teleng 90degree. Oh gosh. Ini x boleh jadik. Frust tuh memang le frust jugak. Tapi mase depan aku still kene pikir. Ini bukan perkare kecik.

So aku pun toleh depan. Xsampai setengah saat pun aku toleh depan, die terusssss tegur aku.

Mamat : nak pergi mane neh?

Yahampooooonnnn. Muke dha le gile seks, lepas tuh jadi punce tengkuk aku cramp sampai aku berhadapan risiko untuk teleng waktu bersanding, lepas tuh pergi beli tiket number 11 sampai x memasal aku kene duk sebelah die, ape x boleh ke kalau die beli tiket number lain? Lepas tuh suke tersengih sampai tahap aku rase kerang busuk tengok pun nescaye dorang akan rase tercabar, lepas tuh da le tetibe tegur aku bile aku toleh depan, lepas tuh lame gile nak mam pulak tuh. See? See? Berape banyak “lepas tuh” yang aku taip? Berape banyak kesalahan melampau yang die dah penah buat dalam hidup die? Aku rase macam nak suruh die terjun KB Mall je la. Hidup pun kalau mendatangkan kemudaratan kepade society, no point man, no point.

Die boleh tanye aku nak pergi mane. Sumpah aku betul2 rase cam nak jawab je yang aku nak pergi pengkalan chepa, so sebab tuh la aku beli tiket ke batu pahat. Yes,aku nak pergi PENGKALA CHEPA so sebab tu aku naik bas nak pergi BATU PAHAT. Yes that’s my answer. Puas hati kau? Kalau ko x puas hati pun xpe, sebab hati aku yang puas sebenarnye. Eh. Wait a minute. Aku rase cam aku dapat tangkap yang die neh nak ajak aku sembang sebenarnye. Neh kalau aku jawab properly neh, x pasal kang aku kene melayan die pulak throughout perjalanan neh. Kalau aku nak jawab secare biadap pulak, ish lagi x boleh. Coz muke aku neh da le inesen. Tetibe nak cakap kasar2 camtu, ish xsesuai betul. Hiks. No no no. Lagipun aku bukannye kenal pun mamat neh. Entah2 die neh spesis berbahaye ke, sekali die jampi serapah terus aku ade feeling nak ajak die bernikah, who knows...

So camne aku nak elak dari bersembang dengan die neh in a full of manner way ek..so aku pun dengan penuh spontan terus aku jawab camni,

“sorry. I CAN'T SPEAK MALAY.”

Wakakakak. Wuhuuuu... actually memang da jadik kebiasaan aku to talk in english with strangers. Die tanye aku, “Chinese?” aku jawab, “No, I’m Siamese.” So gua selamat bhai, gua selamat. Eh yeke aku dah selamat neh? Opkos NOT YET. Not yet oke. Ko ingat hidup neh semudah tuh? Mamat tuh kept trying to talk with me. He cant speak in english, but still he put a lot of effort to try to talk with me. Dah aku neh kenape tetibe nak speaking neh. Die senantiase mencoba untuk bercakap dengan diriku waima aku tidak mengerti langsung akan maksudnya. Cey dah ayat novel pulak. Korang tau tak dah aku tak faham bahase inggeris tergagap2 die tuh die boleh pergi bantai gune body language segale bagai. Nasib aku tak duduk sebelah pintu kecemasan jek. Kalau tak nescaye ade penumpang yang tetibe tercampak keluar dari bas. Nak campak ikut tingkap kang, aku rase tingkap tuh yang akan tercampak. Tak muat weh, tak muat.

Die still tak berputus ase nak bercakap dengan aku. Dengan bahase Inggeris tergagap2, dengan body language yang begitu menjijikkan, die sedaye upaye nak bagi aku paham. Tapi aku still pretend yang aku tak faham ape yang die cube nak sampaikan. Lepas tuh die dapat calling. Die jawab phone then aku dengar die sembang lebih kurang macam neh:

“ade awek duduk sebelah aku. Dah berkenalan. Tapi nak sembang tak boleh sebab die tak faham bahase melayu. Kesian tengok die. Die nak sembang dengan aku, tapi kitorang masing2 susah nak faham.”

Sile jawab soalan berikut:

1. mase bilekah aku dah berkenalan dengan die?
2. mase bilekah aku bernafsu nak sembang dengan die?
3. die neh memang nak mati ke?

Then bas berhenti kat R&R. Die turun dulu. Then aku cepat2 transfer barang2 aku ke seat kosong yang lain. Lepas tuh baru aku turun. Bile aku naik, aku nampak dari jauh die dah berdiri siap2 untuk bagi laluan kat aku masuk (seat aku tepi tingkap). Then aku cume simply lalu sebelah die sambil angkat tangan and cakap:

“Its okay. I DUDUK SEBELAH SANE.


And hell yes. I CAN SPEAK MALAY. Wakakak. Peace yoww~~

Monday 25 February 2013

TRAGEDI ATAS BAS S&S INTERNATIONAL (PART 1)


Assalamualaikum..


Hari tuh aku nak balik kampung kat Batu Pahat. Aku balik naik bas sensorang. Aku naik bas dari Keyel, kat TBS. Lepas usha tiket & jugak usya abg2 hensem yang jual tiket tuh, & jugak setelah fikir semasak & seranum yang mungkin, aku ambil keputusan untuk naik bas S&S International. Semue nye sebab itu je bas yang paling awal ade. Bas aku pukul 12 tghari.



Memandangkan tiket untuk seat single dah habes, so nak x nak aku terpakse ambik double seat. Bile dah ambik double seat neh, rase nebes die lain macam. Aku punye la berdoa supaye orang yg duduk sebelah aku nanti setaraf dengan Fahrin Ahmad atau Fizo Omar sekurang2 nye. Waktu tuh seolah2 doa selamat untuk perjalanan tuh cam da jatuh di tempat yang ke-2. Atau mungkin jugak di tempat yang ke-3, x sape tahu.

So waktu kat balai pelepasan tuh, semue penumpang yang akan naik bas yang same dengan aku berkumpul untuk tunggu bas. Waktu tuh jugak aku usha bagai orang2 sekeliling, mencari2 wajah Fahrin atau Fizo. Tapi tapi tapi macam x de je. Ish aku da rase nak nanges neh. Yang aku nampak cume ade sepasang couple chinese neh. Yang mamat tuh cute, tapi yang pompuan tuh aku sangsi sikit. Betul ke tuh gulpereng die coz pompuan tuh penampilan die cam ade busukkk sikit. *jahat

Then aku pandang lagi kat sekeliling. Aku nampak ade sorang mak cik melayu neh. Nampak gaye cam memang die datang sorang2. Aku syak die kene halau dgn menantu bandar die kot cam dalam samarinda kat tibi 3 tuh. Ahh. Pedulik. Tu x penting. Yang penting aku x nak duk sebelah die. Coz besenye golongan makcik2 neh berpotensi besar untuk jadikan aku sebagai kaunter untuk die bangge2kan anak2 die. Kadang2 tuh sampai tahap anak die keje part time kat Kenny Rodgers pun nak bangge tahap x hengat.

Aku pandang lagi. Then aku nampak ade sorang mamat neh. Badan die cam chubby2 sikit. Mungkin die 1 or 2 tahun lagi tue dari aku. Die tersengih2 tengok aku. Muke die, mak aih. Sumpah cam gile seks. Aku rase kalau aku tuduh die cabul bayi pompuan yang masih berade dalam kandungan pun, orang akan percaye. Uwh. Ini ngeri. Spesis cenggini besenye dorang suke amik double seat. Aku dah mule rase cam nak demam.
Pandang punye pandang, aku nampak pulak ade sorang mamat neh. Lebih kurang sebaye la dengan aku. Tapi mamat neh ade something wrong. Bukan something ekcelli. Tapi many things. Die jenis yang dressing ala2 k-pop. X kisah le tuh. Tapi agak bermasalah di mate aku coz muke die x jambu. Muke x jambu, kulit x k-pop. Tapi pkai seluar pvc ketat kaler biru yang striking tuh, pkai t-shirt ketat, siap ade skarf kaler merah, sneakers hijau, then rambut kaler oren. Homaigod. Aku rase cam nak maki suruh die balik rumah je. Kalau le bas yang aku naik neh accident, x syak lagi memang aku salahkan die.

Aku toleh pulak ke depan. Ade sorang mamat lebih kurang sebaye dengan aku. Rambut die kerinting, kurus, tinggi2 orangnye. Muke die boleh tahan la. Tapi x de lah setaraf Fahrin or Fizo. Die pakai kemeje & jeans. Bawak beg besar giler. Dari gaye die tuh aku boleh agak die bukan orang sini. Muke die pulak jenis muke yang 24 jam 7 hari seminggu asyik keje nak berhati2 je dengan keadaan sekeliling. Kalau boleh nak beli jambu potong pun die nak suspicious dengan akak hendon yang jual jambu tuh. Ahh spesis paranoid. Aku neh kadang2 dah le jenis yang x berape nak waras bile bercakap. Kang kene tampo atas bas tuh kang memang naye je. X pun tambah x boleh blah kalau konon die perasan aku minat die. Time neh memang aku pulak yang tampo die kang. Yang lain2 tuh pulak, kebanyakannye foreigner. Ahh foreigner neh aku x minat lah. Cey macam la dorang minat kat aku.

Aku dah mule rase x sedap hati. Calon2 yang ade depan mate aku neh, semuenye x lulus. Xpe2..aku redho je la sape pun yang duduk sebelah aku nanti. Waktu tuh baru la doa untuk selamat perjalanan tuh da menduduki tempat pertame. Nanti aku story aku duduk sebelah sape..hua hua hua.